Thursday, July 15, 2010

Kenali pengiklan nuffnang

Dalam nuffnang ada dua pihak iaitu blogger dan advertiser @ pengiklan. Untuk entri kali ini kita fokuskan pada pengiklan. Senarai terkini pengiklan nuffnang boleh dilihat di featured nuffnang advertiser. Sebagai contoh featured nuffnang advertiser untuk bulan Jun adalah snek makanan ringan Mister Potato.

Jadi sekiranya blog anda tentang makanan iklan ini amat sesuai bukan? sebaliknya jika blog anda tentang blog penternakan pawah lembu. tapi masih boleh dikira ok juga sebab penternak-penternak lembu boleh makan juga snek ni.

kesimpulannya dengan mengenali pengiklan-pengiklan nuffnang dapat meningkatkan lagi kadar pendapatan sekiranya apa yang terpapar di iklan saling berkaitan dengan entri blog anda. Konsep yang sama digunakan untuk text based advertisement. Hanya iklan yang berkaitan sahaja yang akan keluar bukan?

Apa pandangan anda?

Monday, September 29, 2008

Alamat laman web Nuffnang

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian. Untuk entri serba ringkas ini Syam ingin tunjukkan beberapa alamat laman web Nuffnang yang akan membawa anda ke halaman yang berbeza mengikut alamat yang ditulis.


1. Nuffnang global - http://www.nuffnang.com
2. Nuffnang Malaysia - http://www.nuffnang.com.my
3. Nuffnang Singapura - http://www.nuffnang.com.sg
4. Nuffnang Filipina - http://www.nuffnang.com.ph
5. Nuffnang Innit - http://innit.nuffnang.com
6. Nuffnang Blog - http://www.nuffnang.com/blog

Itu sahaja yang perlu anda ketahui kerana selebihnya akan diperolehi melalui pautan yang sedia ada. Klik link yang berkenaan dan biasakan diri anda dengannya.

Hello dunia blog

Salam dan hello semua, kalau kita baca novel tulisan Ramlee Awang Mursyid pasti ada kata-kata mukadimah pengarangnya, kalau kita selak Majalah Maskulin pun ada juga ucapan dari editornya tapi bagaimana pula kalau permulaan entri untuk sesebuah blog? Ada ke ruangan sekapur sireh, pembuka bicara dan sebagainya?

Hello Dunia
Maka untuk ruangan ala Hello World - Wordpress ini saya ingin menyampaikan salam perkenalan bagi yang baru dikenali, salam ilmu bagi yang ingin mencari ilmu (yang ingin berkongsi ilmu pun dialu-alukan juga) saya harap apa yang akan Syam kongsikan nanti walaupun ianya mungkin terlalu asas ataupun terlalu basic untuk sesetengah individu dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Kenapa wujudkan blog Panduan Nuffnang Bahasa Melayu?

Memandangkan kurangnya info mengenai Nuffnang dalam Bahasa Malaysia (mungkin ada cuma saya je yang tak perasan kot) jadi saya ingin mengambil inisiatif berkongsi ilmu mengenai peluang yang sepatutnya diambil oleh setiap pengguna internet di Malaysia khususnya buat seorang blogger sambilan mahupun sepenuh masa.

Berapa bayaran yang dikenakan untuk panduan ini?
Setiap individu sukakan sesuatu yang percuma bukan? tetapi ada juga yang mengatakan barang percuma itu tidak bagus kerana ianya bergantung kepada keikhlasan seseorang itu. Ada juga yang mengatakan sesuatu info yang percuma itu akan diberi pengenalan asas sahaja dan untuk maklumat lanjut atau lebih advance sila buat bayaran ke akaun sekian-sekian. Syam harap itu takkan berlaku disini.

Kelayakan dan kepakaran saya?
Dalam dunia maya ini penting ke semua itu? Pentingkah bank statement juta-juta yang boleh diphotoshopkan? Wajibkah testimoni pujian menggunung dari otai-otai bisnes internet seluruh dunia? Serba ringkas saya bukanlah pakar komputer atau mahir dalam bidang-bidang yang berkaitan tetapi saya minat dan dengan minat itu saya cuba jadikan ia satu perkara yang menyeronokkan dan mungkin akan membantu saya di masa akan datang.

Akhir kata, janganlah anda semua mengharapkan sesuatu yang ekstrim mengenai Nuffnang di sini, janganlah menanti sesuatu yang mungkin saya tak tahu kerana apa yang akan saya kongsikan adalah mengenai aspek-aspek yang saya tahu sahaja. Singgah dan bacalah, saya gembira kalau ia dapat membantu dan tolong janganlah mengeluh kalau ia sekadar sesuatu yang boleh dipelajari kurang dari 10 saat.