Salam dan hello semua, kalau kita baca novel tulisan
Ramlee Awang Mursyid pasti ada kata-kata mukadimah pengarangnya, kalau kita selak
Majalah Maskulin pun ada juga ucapan dari editornya tapi bagaimana pula kalau permulaan entri untuk sesebuah blog? Ada ke ruangan sekapur sireh, pembuka bicara dan sebagainya?
Hello DuniaMaka untuk ruangan ala
Hello World - Wordpress ini saya ingin menyampaikan salam perkenalan bagi yang baru dikenali, salam ilmu bagi yang ingin mencari ilmu (yang ingin berkongsi ilmu pun dialu-alukan juga) saya harap apa yang akan Syam kongsikan nanti walaupun ianya mungkin terlalu asas ataupun terlalu basic untuk sesetengah individu dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Kenapa wujudkan blog Panduan Nuffnang Bahasa Melayu?Memandangkan kurangnya
info mengenai Nuffnang dalam Bahasa Malaysia (mungkin ada cuma saya je yang tak perasan kot) jadi saya ingin mengambil inisiatif berkongsi ilmu mengenai peluang yang sepatutnya diambil oleh setiap pengguna internet di Malaysia khususnya buat seorang blogger sambilan mahupun sepenuh masa.
Berapa bayaran yang dikenakan untuk panduan ini?Setiap individu sukakan sesuatu yang percuma bukan? tetapi ada juga yang mengatakan barang percuma itu tidak bagus kerana ianya bergantung kepada keikhlasan seseorang itu. Ada juga yang mengatakan sesuatu info yang percuma itu akan diberi pengenalan asas sahaja dan untuk maklumat lanjut atau lebih advance sila buat bayaran ke akaun sekian-sekian. Syam harap itu takkan berlaku disini.
Kelayakan dan kepakaran saya?
Dalam dunia maya ini penting ke semua itu? Pentingkah bank statement juta-juta yang boleh diphotoshopkan? Wajibkah testimoni pujian menggunung dari otai-otai bisnes internet seluruh dunia? Serba ringkas saya bukanlah pakar komputer atau mahir dalam bidang-bidang yang berkaitan tetapi saya minat dan dengan minat itu saya cuba jadikan ia satu perkara yang menyeronokkan dan mungkin akan membantu saya di masa akan datang.
Akhir kata, janganlah anda semua mengharapkan sesuatu yang ekstrim mengenai Nuffnang di sini, janganlah menanti sesuatu yang mungkin saya tak tahu kerana apa yang akan saya kongsikan adalah mengenai aspek-aspek yang saya tahu sahaja. Singgah dan bacalah, saya gembira kalau ia dapat membantu dan tolong janganlah mengeluh kalau ia sekadar sesuatu yang boleh dipelajari kurang dari 10 saat.